banner

banner
kenangan

Sunday 5 June 2011

Haruskah?

Alkisah - Pada pagi 8 Mei 2011..selepas seminggu bercuti di rumah. Semasa dalam perjalanan bas dari Ipoh ke melaka, ada seorang lelaki ni datang n duduk di kerusi berhampiran. Usianya lebih kurang 30-an.. Macam-macam dia tanya. tp, sume yg dia ckp mcm melayang-layang kat kepala je. Mana tidaknya, org tgh mengantuk. Kalu tak layan macam tak hormat pula. Nak tak nak, dengar je la. Lelaki ni kata , dompet dia kena curi dan dia tak de duit nak balik rumah. Hai, biar betul mamat ni. Nak tipu orang ke ape. Jadi, dia nak pinjam duit skit. Adui, cam ne nak handle situasi ni? Haruskah kita percaya pada orang yang pertama kali kita jumpa? Haruskah? Erm, penyelesaian buat masa terdekat, ku katakan yang diri ini tiada duit kecil dan mungkin akan pecah duit tersebut di mana-mana kedai waktu turun nnti. Lelaki tu terdiam dan hanya membalas "ok". Seraya itu, diri ini terus palingkn muka ke tingkap dan pejamkan mata. Dalam otak masih ligat mencari penyelesaian terbaik. Betul ke nak bagi duit kat dia tu? Cam ne kalau dia mmg berniat nak tipu duit orang...erm.. Fikir punya fikir, sampai tertido pula.

Bangun-bangun je, dah sampai MC. Ape tunggu lagi. Capai bagasi dan terus turun. Sambil jalan menjijit beg, sekali-sekala menoleh kebelakang. Eh, ke mana pula mamat tu nak pergi. nmpk dia jalan terus ke arah yang berlawann. Ermm, tak pe la. Mungkin dia lupa tentang duit tu. Jam menunjukkan pukul 4 pagi. Tiada kedai lain yang buka kecuali SevenEleven. Lapar punya pasal, beli la 2 bungkus roti tuk alas perut. Tgh sedap mkn, nmpk plak lelaki tadi..dia tgh merayau-rayau di kawasan kedai yang berhampiran. Ape pula yang dia buat tu? Pandang kanan, pandang kiri..ada la pekerja 7e11 dan seorang penumpang bas duduk di tempat yang sama. Tak la takut sangat.

Lelaki tu jalan menghampiri. Dia memandang dengan penuh harapan seperti mahu menuntut janji. Kuhulurkn wang kertas seperti yg dijanjikan. Kuduga lelaki itu. Ku tanyakan, "Sekiranya saya beri awak pinjam, macam mana awak nak pulangkan semula?". Lelaki itu berkata yg dia akan memasukkan jumlah yang sama ke bank ku. Ku katakan lagi, jika dia benar-benar mahu pulangkan duit itu, tinggalkan saja duit tu di pondok guard hostel. Selepas seketika, dia angguk tanda setuju dan beredar. Sekembali ke kerusi, aku merenung lantai dan berfikir sejenak. Betul ke tindakan aku tadi? Seawal keputusan ku untuk memberi wang kepada lelaki itu, aku tidak mengharapkan wang itu dipulangkan segera. Sbb aku tahu, kemungkinn untuk dia berbuat begitu amat tipis. Ku anggap saja wang itu sedekah dan terpulanglah kepadanya untuk mengembalikan wang tersebut atau tidak. Di mindaku, berlegar satu persoalan..Adakah lelaki itu berkata jujur?