banner

banner
kenangan

Sunday 5 June 2011

Haruskah?

Alkisah - Pada pagi 8 Mei 2011..selepas seminggu bercuti di rumah. Semasa dalam perjalanan bas dari Ipoh ke melaka, ada seorang lelaki ni datang n duduk di kerusi berhampiran. Usianya lebih kurang 30-an.. Macam-macam dia tanya. tp, sume yg dia ckp mcm melayang-layang kat kepala je. Mana tidaknya, org tgh mengantuk. Kalu tak layan macam tak hormat pula. Nak tak nak, dengar je la. Lelaki ni kata , dompet dia kena curi dan dia tak de duit nak balik rumah. Hai, biar betul mamat ni. Nak tipu orang ke ape. Jadi, dia nak pinjam duit skit. Adui, cam ne nak handle situasi ni? Haruskah kita percaya pada orang yang pertama kali kita jumpa? Haruskah? Erm, penyelesaian buat masa terdekat, ku katakan yang diri ini tiada duit kecil dan mungkin akan pecah duit tersebut di mana-mana kedai waktu turun nnti. Lelaki tu terdiam dan hanya membalas "ok". Seraya itu, diri ini terus palingkn muka ke tingkap dan pejamkan mata. Dalam otak masih ligat mencari penyelesaian terbaik. Betul ke nak bagi duit kat dia tu? Cam ne kalau dia mmg berniat nak tipu duit orang...erm.. Fikir punya fikir, sampai tertido pula.

Bangun-bangun je, dah sampai MC. Ape tunggu lagi. Capai bagasi dan terus turun. Sambil jalan menjijit beg, sekali-sekala menoleh kebelakang. Eh, ke mana pula mamat tu nak pergi. nmpk dia jalan terus ke arah yang berlawann. Ermm, tak pe la. Mungkin dia lupa tentang duit tu. Jam menunjukkan pukul 4 pagi. Tiada kedai lain yang buka kecuali SevenEleven. Lapar punya pasal, beli la 2 bungkus roti tuk alas perut. Tgh sedap mkn, nmpk plak lelaki tadi..dia tgh merayau-rayau di kawasan kedai yang berhampiran. Ape pula yang dia buat tu? Pandang kanan, pandang kiri..ada la pekerja 7e11 dan seorang penumpang bas duduk di tempat yang sama. Tak la takut sangat.

Lelaki tu jalan menghampiri. Dia memandang dengan penuh harapan seperti mahu menuntut janji. Kuhulurkn wang kertas seperti yg dijanjikan. Kuduga lelaki itu. Ku tanyakan, "Sekiranya saya beri awak pinjam, macam mana awak nak pulangkan semula?". Lelaki itu berkata yg dia akan memasukkan jumlah yang sama ke bank ku. Ku katakan lagi, jika dia benar-benar mahu pulangkan duit itu, tinggalkan saja duit tu di pondok guard hostel. Selepas seketika, dia angguk tanda setuju dan beredar. Sekembali ke kerusi, aku merenung lantai dan berfikir sejenak. Betul ke tindakan aku tadi? Seawal keputusan ku untuk memberi wang kepada lelaki itu, aku tidak mengharapkan wang itu dipulangkan segera. Sbb aku tahu, kemungkinn untuk dia berbuat begitu amat tipis. Ku anggap saja wang itu sedekah dan terpulanglah kepadanya untuk mengembalikan wang tersebut atau tidak. Di mindaku, berlegar satu persoalan..Adakah lelaki itu berkata jujur?


Thursday 12 May 2011

Berkelah di Lata Kekabu


     Cuti kat rumah memang digunakan sepenuhnya. hari2 ada aktiviti. Aktiviti hari pertama ialah pergi berkelah kat Lata Kekabu..haha..best..lata ini dekat je dengan Tasik Raban. masa pejalanan adalah kira-kira 1 jam dari rumah..dalam perjalanan sempat berhenti di gerai tepi  jalan untuk membeli air tebu dan ikan pekasam..sampai2 je kat destinasi, mata dah tertumpu kat gerai yang jual pisang goreng..pe lagi, pisang goreng 2 ringgit, keropok lekor 2 ringgit dan keledek goreng seringgit..boleh la alas perut dulu sebelum makan tengah hari..sambil menangkat barang2 ke kawasan perkelahan, mulut tak henti2 mengunyap..sedap gak pisang goreng mak cik tu masak..hihi..

     Akhirnya, kami sekeluarga menapak kat pondok rehat yang berhampiran dengan kawasan mandi yang strategik..cantik kawasannya..sementara menunggu mak mengambil barang yang tertinggal dalam kereta, kitaorang adik-beradik sempt  bermandi-manda dulu..pergh, air sungainya memang sejuk..berendam kejap je dah menggigil...sekembalinya mak, acara masak-memasak pula diteruskan. kami sekeluarga berganding bahu tuk hidupkan unggun api dan menyediakan juadah tengah hari kitaorang.. belum lagi masak ayam panggang, baunya dah menusuk hidung..baunya tak usah cerita la..mmg menyelerakan.. 

     Menu lain yang mak dan along bawa dari ialah dumping ayam, sambal jawa, dan macam lagi..dah masak je ayam panggang, terus tangkap satu n cari tempat best tuk lepak..pot yang best semestinya di atas batu..haha..kitaorang semua berkelah di  atas batu..sambil2 tu rendam kaki dalam air..saja, nk rasa sejuk air sungai..bila perut kenyang, pergi berendam lagi..yahoo..mandi, mandi dan mandi lagi.. hingga jari tangan dan kaki kecut, baru naik tebing..dah puas main air, mak ajak pulang..

     Fikir2 balik, terasa keseronokannya..harap dapt pergi mandi kat Lata Kekabu lagi....what a sweet memory..= )


peta Lata Kekabu

Pintu masuk

Batu tanda ni akan kelihatan selepas melepasi pintu masuk

Pemandangan dari sungai

ni la tempat berkelahnya..= )

    Untuk melihat pemandangan sekitar Lata Kekabu layari blog ni, http://idristalu.blogspot.com/2009/07/lata-kekabu-revisit2-facilties.html

Saturday 12 March 2011

kali pertama

salam..
setiap perkara yang kita buat mesti ada pertama kalinya..
ini adalah kali pertama saya menulis sesuatu di blog..
terima kasih diucapkan kepada Ann di atas segala tunjuk ajar..huhu... (^_^)v -wink