Cuti kat rumah memang digunakan sepenuhnya. hari2 ada aktiviti. Aktiviti hari pertama ialah pergi berkelah kat Lata Kekabu..haha..best..lata ini dekat je dengan Tasik Raban. masa pejalanan adalah kira-kira 1 jam dari rumah..dalam perjalanan sempat berhenti di gerai tepi jalan untuk membeli air tebu dan ikan pekasam..sampai2 je kat destinasi, mata dah tertumpu kat gerai yang jual pisang goreng..pe lagi, pisang goreng 2 ringgit, keropok lekor 2 ringgit dan keledek goreng seringgit..boleh la alas perut dulu sebelum makan tengah hari..sambil menangkat barang2 ke kawasan perkelahan, mulut tak henti2 mengunyap..sedap gak pisang goreng mak cik tu masak..hihi..
Akhirnya, kami sekeluarga menapak kat pondok rehat yang berhampiran dengan kawasan mandi yang strategik..cantik kawasannya..sementara menunggu mak mengambil barang yang tertinggal dalam kereta, kitaorang adik-beradik sempt bermandi-manda dulu..pergh, air sungainya memang sejuk..berendam kejap je dah menggigil...sekembalinya mak, acara masak-memasak pula diteruskan. kami sekeluarga berganding bahu tuk hidupkan unggun api dan menyediakan juadah tengah hari kitaorang.. belum lagi masak ayam panggang, baunya dah menusuk hidung..baunya tak usah cerita la..mmg menyelerakan..
Menu lain yang mak dan along bawa dari ialah dumping ayam, sambal jawa, dan macam lagi..dah masak je ayam panggang, terus tangkap satu n cari tempat best tuk lepak..pot yang best semestinya di atas batu..haha..kitaorang semua berkelah di atas batu..sambil2 tu rendam kaki dalam air..saja, nk rasa sejuk air sungai..bila perut kenyang, pergi berendam lagi..yahoo..mandi, mandi dan mandi lagi.. hingga jari tangan dan kaki kecut, baru naik tebing..dah puas main air, mak ajak pulang..
Fikir2 balik, terasa keseronokannya..harap dapt pergi mandi kat Lata Kekabu lagi....what a sweet memory..= )
|
peta Lata Kekabu |
|
Pintu masuk |
|
Batu tanda ni akan kelihatan selepas melepasi pintu masuk |
|
Pemandangan dari sungai |
|
ni la tempat berkelahnya..= ) |
Untuk melihat pemandangan sekitar Lata Kekabu layari blog ni, http://idristalu.blogspot.com/2009/07/lata-kekabu-revisit2-facilties.html
No comments:
Post a Comment